Konsert dihadiri 5,000 penonton di Sepanyol bebas Covid-19

0
221
Konsert dihadiri 5,000 di Barcelona, Sepanyol membuktikan tiada jangkitan dalam kalangan pengunjung.

BARCELONA – Para penyelidik di Sepanyol berjaya membuktikan tiada jangkitan Covid-19 berlaku dalam perhimpunan konsert tertutup melibatkan 5,000 penonton di bandar ini, baru-baru ini.

Menurut laporan BBC, konsert yang diadakan dengan hanya mensyaratkan pemakaian pelitup muka tanpa prosedur penjarakan fizikal itu tidak mencetuskan sebarang jangkitan wabak berkenaan.

Pakar penyakit berjangkit negara itu, Josep Maria Llibre berkata, hasil kajian terhadap 5,000 penunjung yang hadir selepas 14 hari mendapati hanya 6 individu disahkan positif.

Bagaimanapun, 4 daripada 6 individu yang postif berkenaan dikesan mendapat jangkitan dari tempat lain dan bukan dari konsert berkenaan.

Penganjuran konsert bersifat eksperimen itu merupakan kerjasama pihak penganjur dengan pasukan saintis yang mengaji kesejauh mana keberkesanan vaksin Covid-19 dalam masyarakt.

Difahamkan, konsert itu juga merupakan salah satu perhimpunan terbesar yang dianjurkan di Eropah semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Dalam pada itu, kajian yang sama juga dilakukan di Netherlands pada Mac lepas dengan dihadiri seramai 1,500 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here