KoPPIM giat adakan Mesyuarat Pemilihan Perwakilan bagi setiap negeri

0
65
Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM, Syaraff Al Sadat

CYBERJAYA – Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) ketika ini sedang giat mengadakan Mesyuarat Pemilihan Perwakilan bagi setiap negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM, Syaraff Al Sadat berkata, sehingga kini tujuh negeri telah selesai mengadakan Mesyuarat Pemilihan Perwakilan.

Syaraff berkata, mesyuarat berkenaan dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menggunakan aplikasi Zoom.

“Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Biro Sukarelawan KoPPIM dan pandemik Covid-19 ketika ini bukan halangan untuk kita meneruskan aktiviti dan agenda perjuangan.

“Tujuh lagi negeri akan mengadakan Mesyuarat Pemilihan Perwakilan. Tahniah kepada semua Perwakilan yang telah terpilih berkhidmat untuk Ummah,” katanya.

Menurut Syaraff, pengurusan KoPPIM sebagai sekretariat akan memaklum notis, prosedur dan agenda Mesyuarat Agung Tahunan pada akhir bulan ini Jun dan semua Perwakilan Negeri dalam masa terdekat.

Sebelum ini Malakat Tribune melaporkan KoPPIM akan mengumumkan kadar dividennya pada bulan ini semasa Mesyuarat Agung Tahunan koperasi berkenaan.

Syaraff dilaporkan berkata, pihaknya perlu melengkapkan beberapa prosedur sebelum dividen berkenaan boleh diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here