Korea Selatan cadang mulakan program vaksinasi pekerja sektor industri kritikal

0
41

SEOUL – Pihak kerajaan dilaporkan sedang merancang untuk memulakan proses vaksinasi bagi pekerja dalam sektor industri kritikal termasuk industri pemprosesan mikrocip dan peralatan elektronik.

The Guardian melaporkan, Kementerian Tenaga Buruh sudah menghantar surat kepada firma seperti Samsung Electronics Co. Ltd., SK Hynix Inc. dan LG Electronics Inc. bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan vaksin Covid-19 mereka.

Buat masa ini, pihak Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (KDCA) dan kementerian itu sedang berbincang mengenai perkara itu dengan beberapa agensi kerajaan lain, namun tidak memberi sebarang butiran lanjut.

Langkah ini merupakan satu tindakan bagi menangani isu kekurangan mikrocip di seluruh dunia dan menjejaskan operasi pembuatan, terutamanya pengeluar kereta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here