KPM disaran tangguh penganjuran program, elak bebani guru

0
169
Saranan NUTP itu bertujuan memberi peluang kepada para guru menumpukan perhatian kepada pelaksanaan PdPR.

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) disaran supaya menangguhkan program yang tidak penting bagi memberi peluang kepada para guru menumpukan perhatian kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, tumpuan utama para guru pada ketika ini adalah untuk memperkukuhkan pelaksanan PdPR melalui penambahbaikan secara lebih berstruktur dan tersusun.

Sehubungan itu katanya, KPM perlu menilai semula pelaksanaan beberapa program yang boleh menambah beban tugas guru sepanjang PdPR.

“Para pendidik perlu memberi tumpuan penuh kepada PdPR kerana murid-murid dilihat masih belum mendapat pendidikan yang sempurna sejak dua tahun kebelakangan ini akibat pandemik Covid-19.

“Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kerap tergendala dan murid-murid terpaksa belajar dari rumah.

“Apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berterusan, sudah tentu ada murid yang akan ketinggalan kerana tidak dapat akses kepada guru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

National Union of the Teaching Profession (NUTP) secretary-general Harry Tan Huat Hock.

Harry berkata, tumpuan terhadap pelaksanaan PdPR itu penting demi memastikan tiada pelajar yang terus tercicir dalam pendidikan terutama yang tinggal di pedalaman dan dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

“NUTP memohon agar pelaksanaan PdPR dapat terus diperkukuhkan dengan menambah baik kaedah Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) agar ia lebih berkesan,” katanya.

Dalam kenyataannya, beliau memberikan beberapa contoh program kementerian yang mungkin boleh ditangguh sehingga tamat pelaksanaan PdPR.

Ia termasuk Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), Pelaksanaan Penarafan Sekolah Peluasan yang membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di bawah Inisiatif #20 PPPM2021, Perancangan Strategik Organisasi (PSO) Pembudayaan KBAT dan pelaksanaan kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pelaksanaan Dialog Prestasi Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dan Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here