Krisis dalaman Myanmar boleh cetuskan isu pelarian

0
64

YANGON – Lebih 100,000 penduduk wilayah Kayah terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing berikutan pertempuran yang semakin memuncak antara tentera Myanmar dan pihak pertahanan awam.

Pihak pertahanan awam yang dimaksudkan merupakan kumpulan bersenjata yang ditubuhkan bagi menentang kerajaan tentera yang merampas kuasa pada Februari lalu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan mengecam tindakan tentera junta kerana “sewenang-wenangnya menyerang penduduk awam” di wilayah yang bersempadan dengan Thailand itu.

Menurut Sky News, kebanyakan penduduk lari kini berlindung di kawasan hutan, dan PBB “khuatir jika mereka mengambil keputusan untuk menceroboh sempadan bagi mendapatkan perlindungan”.

Menurut seorang penduduk, Khun Ra, tentera junta turut menggunakan jet pejuang untuk menyerang orang awam.

“Tentera junta turut menggunakan jet bagi menyerang penduduk, bukan sahaja helikopter.

“Kini, ribuan orang awam sudah melarikan diri dari tempat saya tinggal,” kata Khun Ra.

Dia menambah, sebahagian daripada bandar Demso kini berada dalam kawalan tentera junta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here