Kumpulan Malakat lancar Malakat.com, platform Muslim Friendly Marketplace pertama di Malaysia

0
245
Malakat.com

CYBERJAYA –  Kumpulan Malakat Eco hari ini secara rasmi melancarkan Malakat.com iaitu ‘Muslim Friendly Marketplace’ yang pertama yang memasarkan produk Muslim secara dalam talian.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, semua peniaga secara dalam talian, tidak kira dalam skala besar atau kecil dipelawa untuk membuka kedai ‘online’ di Malakat.com.

Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim

“Akhirnya kita ada Malakat.com, platform ini dibina sejak beberapa bulan lalu. Sebelum ini, kita gunakan nama Hayib.com namun, atas pandangan ramai jenama ‘Malakat’ sudah dikenali.

“Jadi kita putuskan untuk guna Malakat.com, kita buat keputusan untuk bina pasaran ini bagi mewujudkan dan bina pasar ‘online’ ke satu tahap yang lebih baik dan kita buka peluang kepada semua.

“Malakat.com ini kita ambil panduan seperti Amazon dan kita ajak semua, peniaga kecil atau besar untuk sertainya. Anda (peniaga) boleh ‘setup’ kedai ‘online’ di Malakat.com secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pelancaran Malakat.com yang dilakukan secara maya di paltform Kumpulan Malakat Eco dan juga laman Facebook Malakat Mall hari ini.

Menurut Mohd Fadzil, pelbagai produk boleh dijual di Malakat.com namun ianya mestilah halal dan menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dan tidak melanggar undang-undang.

“Perlu dinyatakan bahawa produk tidak halal dan dinyatakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dibenarkan dijual di Malakat.com. Di platform ini, pelanggan juga boleh membuat aduan dan teguran,” katanya.

Dalam pada itu katanya, buat masa ini Malakat.com masih di peringkat ‘web-based’ dan pihak pengurusan menyasarkan untuk membina aplikasi menjelang akhir tahun ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here