Kumpulan Malakat Eco umum insentif khas RM1.2 juta untuk ahli KoPPIM

0
3588

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KoPPIM, Tuan Fazli Rahim (kanan) bersama Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim dalam pengumuman insentif khas unutk ahli KoPPIM hari ini

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) hari ini mengumumkan insentif khas sebanyak RM1.2 juta untuk ahli KoPPIM yang berdaftar sehingga 31 Disember 2020.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KoPPIM, Tuan Fazli Rahim berkata, insentif itu akan diagihkan kepada lebih 14,000 ahli KoPPIM yang layak.

Menurut Tuan Fazli, pengiraan bayaran insentif tersebut adalah sebanyak lapan peratus daripada jumlah simpanan saham KoPPIM ahli pada 31 Disember 2020.

“Insentif khas ini diberikan untuk menambahkan lagi insentif ahli KoPPIM untuk kempen pindah belanja ke Malakat Eco,” katanya dalam pengumuman khas KoPPIM hari ini.

Antara ahli KoPPIM yang menyertai pengumuman khas yang diadakan secara maya hari ini

Menurut Tuan Fazli, pembahagian insentif khas itu merupakan pembahagian terus kepada ahli KoPPIM yang layak dan ia tidak masuk ke dalam penyata kewangan koperasi.

“Pemberian insentif khas ini telah dipersetujui sendiri oleh Pengasas Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim selepas perbincangan bersama antara KoPPIM dan Kumpulan Malakat Eco pada Mei lalu” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawai Eksekutif KoPPIM, Syaraff Al Sadat berkata, agihan insentif khas akan diberikan kepada Ahli melalui applikasi Malakat Eco – Gold Token

“Ini bermakna, jika hujung tahun lalu ada simpanan saham RM1,000 anda akan diberikan insentif khas untuk pindah belanja sebanyak RM80. Dalam kadar 8 peratus dari nilai simpanan.

“Untuk penebusan insentif khas, ahli KoPPIM boleh muat turun aplikasi Malakat Eco Pay di IOS App Store atau Adroid. Taip sahaja Malakat Eco anda boleh muat turun dengan mudah.

“Insentif ini diberikan melalui token emas yang boleh digunakan untuk berbelanja di Malakat Eco, pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan yang disediakan oleh Malakat Eco,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ahli KoPPIM juga berpeluang untuk menikmati dua promosi hebat pindah belanja ke Malakat Eco iaitu untuk penggunaan hak milik tanah Muslim Village dan biasiswa pendidikan di Raudhah College.

“Promosi pertama ialah pindah belanja RM300 sebulan selama lima tahun ke Malakat Grocer atau minima RM18,000 akan ditawarkan keahlian Muslim Village untuk hak guna tanah melebihi RM50,000.

“Promosi kedua ialah belanja minima RM300 untuk 10 tahun atau minima RM36,000. Anak anda akan diberikan biasiswa pendidikan di Raudhah College yang bernilai sehingga RM100,000,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here