KWSP buka kaunter perkhidmatan terpilih bermula esok

0
49
KWSP

CYBERJAYA -Bermula esok, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka semula kaunter perkhidmatan terpilih di pejabat cawangan di seluruh negara.

KWSP dalam kenyataannya memaklumkan, kaunter berkenaan akan dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 2 petang pada hari bekerja.

KWSP berkata,  berkata langkah itu bagi memudahkan ahli yang memerlukan perkhidmatan dana persaraan itu selain mengimbangi aspek kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli yang berurusan di cawangan berkenaan.

“Perkhidmatan terpilih itu melibatkan urusan pengeluaran bagi ahli berusia 50, 55 dan 60 tahun; pengeluaran bagi tujuan kesihatan; pengeluaran kematian dan penyerahan arahan bayaran (PO) serta cek jurubank pengeluaran.

“Ahli-ahli perlu membuat janji temu terlebih dahulu melalui kemudahan Janji Temu Online dengan melayari www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum boleh mendapatkan perkhidmatan di kaunter KWSP.

“KWSP akan menghubungi ahli berkenaan untuk hadir di kaunter KWSP bagi urusan penyerahan PO dan cek jurubank untuk pengeluaran yang telah dibuat oleh mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, ahli diingatkan untuk melakukan transaksi dalam talian menerusi i-Akaun (ahli) dan i-Akaun (majikan) untuk mempercepat serta memudahkan urusan dengan KWSP.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau dengan melayari laman sesawang ww.kwsp.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here