
TEL AVIV – Ketua Parti Yesh Atid, Yair Lapid sudah memaklumkan Presiden Israel bahawa beliau telah mendapat mempoeroleh mandat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Menurut Times of Israel, Lapid turut berjaya mendapatkan sokongan daripada parti majoriti Arab, Ra’am yang diketuai oleh Mansour Abbas.
Perkembangan ini bermaksud, buat pertama kalinya bangsa Arab diberi suara di dalam kerajaan.
“Saya berbesar hati ingin memaklumkan bahawa saya telah berjaya untuk membentuk kerajaan,” kata Lapid dalam kenyataan rasminya kepada Presdien Israel, Reuven Rivlin.
“Kerajaan yang akan dibentuk merupakan kerajaan giliran, selaras dengan Perkara 13(a) Undang-undang Asas: Kerajaan, dan (rakan saya) Naftali Bennett (dari Parti Yamina) akan menjadi Perdana Menteri dahulu,” kata kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, pembentukan kerajaan ini masih perlu melalui kelulusan parlimen, Knesset, yang akan memulakan sesi sidang mereka pada 7 Jun ini.