Lebih banyak bisnes tutup dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Coach Fadzil

0
530
Mohd. Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim menyuarakan kebimbangan terhadap pengumuman Pelan Pemulihan Negara yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, pengumuman sebanyak empat fasa pelan pemulihan tersebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi akan menyebabkan lebih banyak perniagaan ditutup.

“Pengumuman Perdana Menteri beri indikasi yang sangat bahaya kepada pemulihan ekonomi!

“Too slow and too late! Lebih banyak bisnes akan tutup!,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan sebanyak empat fasa terdapat dalam pelan pemulihan tersebut sebelum lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Strategi itu melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat dengan setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan kepada tiga indikator ambang utama sebelum beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Pelaksanaan PKP menyebabkan banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan

Indikator pertama ialah keadaan penularan Covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian; indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad ICU manakala indikator ketiga ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here