Lelaki ditahan Perhilitan miliki perliharaan terlarang

0
24
Suspek yang merupakan seorang peminat haiwan eksotik.

CYBERJAYA – Minat seorang lelaki warga tempatan terhadap haiwan eksotik mengundang padah apabila ditahan oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan dalam serbuah dilakukan oleh Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sebuah premis di Bandar Sri Damansara, dekat sini.

Turut dirampas dalam serbuan itu adalah merampas 4 ekor kura-kura dari jenis Sulcata Tortoise, 2 ekor kucing batu dan 4 tanduk rusa.

Menurut kenyataan Perhilitan hari ini, suspek dipercayai menyimpan hidupan liar tanpa sebarang lesen dan permit khas yang diluluskan oleh Perhilitan.

“Berikutan itu, suspek telah dibawa ke Balai Polis Damansara, Selangor dan kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta716].

Kesemua barang kes telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

Sebahagian tanduk rusa ditemui yang didalam simpanan suspek di Bandar Sri Damansara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here