Lelaki India beristeri 39 meninggal pada usia 76 tahun

0
77
Gambar isteri, anak dan cucu Ziona Chana yang dirakam juerugambar Reuters kira-kira 10 tahun lalu.

NEW DELHI – Seorang lelaki yang mempunyai 39 isteri dan 94 anak di bahagian utara India dilaporkan meninggalkan dunia pada usia 76 tahun.

Ziona Chana yang tinggal bersama 167 ahli keluarga termasuk 33 orang cucu, sebelum ini dikenali sebagai ketua kepada keluarga terbesar di dunia.

Berita kematiannya diumumkan oleh Ketua Negeri Mizoram, Zoramthanga melalui ciapan Twitternya pada Ahad lalu, lapor Bangkok Post.

Chana yang tinggal di Kampung Baktawng di Timur Laut Negeri Mirozam merupakan pemimpin mazhab ajaran Kristian yang membenarkan perkahwinan melebihi seorang isteri.

Mahzab yang diketuainya itu merupakan ajaran yang diasaskan oleh mendiang bapanya pada tahun 1942 dan kini diikuti oleh ratusan keluarga.

Di kampungnya, Chana tinggal di sebuah rumah empat tingkat dengan 100 buah bilik yang menempatkan kesemua ahli keluarganya.

Keunikan yang dimiliki keluarga itu menjadi salah satu daripada tarikan pelancong di Mirozam.

Ziona Chana.

Chana dikatakan berkahwin pada kali pertama pada usia 17 tahun dan berkahwin dengan 10 lagi wanita pilihannya dalam masa kurang setahun.

Penduduk setempat menceritakan Chana sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarga dan sentiasa bercita-cita untuk membesarkan lagi jumlah ahli keluarga.

Chana yang membina sebuah ‘istana ungu’ untuk isteri dan anak-anak, sering dilihat bersantai di luar tingkap rumah bersama-sama 7 hingga 8 orang isterinya pada satu-satu masa.

Kediaman Chana di Negeri Mizoram, India. Foto- Reuters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here