LHDN tawar kelonggaran pembayaran cukai, penalti

0
136
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menawarkan kelonggaran pembayaran cukai dan penalti khusus untuk pembayar cukai yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan,
kelonggaran itu diberikan adalah bertujuan untuk meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai mereka.

“Kelonggaran yang ditawarkan adalah melibatkan penangguhan pembayaran penalti yang berkaitan dengan kewajipan cukai mereka ke tahun 2022, dengan syarat pembayar cukai terus mematuhi pembayaran amaun prinsipal cukai yang kena dibayar.

“Penalti-penalti yang termaktub dalam tawaran ini ialah penalti yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Setem 1949,” katanya hari ini.

Katanya lagi, pertimbangan permohonan penjadualan semula bayaran cukai itu diberikan kepada pembayar cukai yang kehilangan punca pendapatan untuk menyelesaikan cukai yang tertunggak Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, katanya, pembayar cukai dikehendaki membuat rayuan akan ke atas penalti yang dikenakan dan rayuan dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes.

Dalam pada itu, katanya, kelonggaran itu hanya terpakai kepada pembayar cukai yang terjejas pendapatannya akibat penularan pandemik Covid-19.

“Pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuatkuasa.

“Pembayar cukai yang berhasrat untuk memohon kelonggaran seperti ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here