Lim Kok Wing meninggal dunia pada usia 75 tahun

0
368
Lim Kok Wing

CYBERJAYA – Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing
meninggal dunia pagi ini selepas dimasukkan ke hospital minggu lalu.

Berita itu disahkan oleh pembantunya namun tiada maklumat terperinci mengenainya.

Mendiang pada Rabu lalu dilaporkan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh.

Beberapa selepas berita itu, khabar angin yang mengatakan Kok Wing meninggal dunia dinafikan oleh Pengerusi Majlis Pentadbir Universiti (LUCT), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros.

Dr. Raduan memaklumkan, Kok Wing dimasukkan ke sebuah hospital ekoran positif Covid-19.

Kok Wing memulakan kariernya sebagai ilustrator, dan menjadi penanda aras di sebalik komik bersiri pertama buatan Malaysia dan Singapura, ABU.

Kok Wing kemudian menceburi bidang pengiklanan di syarikat McCann-Erikson selama 5 tahun sebelum mengasaskan syarikatnya, WIngs Creative Consultans pada 1975.

Syarikat pengiklanan profesional miliknya itu muncul sebagai agensi terbaik dan pernah bekerjasama dengan gergasi pengiklanan dunia BBDO.

Mendiang kemudian memulakan langkah dalam bidang pendidikan pada 1991 dengan mendirikan Institut Teknologi Kreatif Limkokwing yang kemudian dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.

Universiti kreatif itu kini berpengkalan di Cyberjaya, dengan berapa cawangan kampus termasuk di Sarawak, Kemboja, Botswana, Sierra Leone, dan United Kingdom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here