Lockdown: KoPPIM mohon tangguh AGM

0
401

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KoPPIM, Tuan Fazli Rahim ketika mengendalikan sesi live pengumuman khas KoPPIM hari ini.

CYBERJAYA – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) ditangguhkan sehingga September depan.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KoPPIM, Tuan Fazli Rahim berkata, surat penangguhan sudah dihantar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) semalam.

Tuan Fazli berkata, permohonan penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa negara yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

“Penangguhan AGM itu juga bagi membolehkan pihak pengurusan KoPPIM untuk menyediakan segala dokumentasi yang tertangguh ekoran pelaksanaan PKP sebelum ini.

“Proses dokumentasi sebenarnya sudah berada di peringkat akhir dan akan disiapkan secepat mungkin sebelum dihantar untuk semakan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Kita memohon pengangguhan selama tiga bulan namun, jika keadaan semasa negara kembali stabil kita akan adakan AGM selewat-lewatnya akhir Julai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas KoPPIM secara maya hari ini yang turut disertai Pengasas Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM, Syaraff Al Sadat.

Dalam pengumuman tersebut, Tuan Fazli mengumumkan Kumpulan Malakat Eco bersetuju untuk memberikan insentif khas sebanyak RM1.2 juta kepada ahli KoPPIM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here