Lockdown penuh: 13 tapak pembinaan diarahkan tutup serta merta

0
839
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 13 tapak pembinaan telah diarahkan tutup serta merta selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak lockdown penuh dilaksanakan bermula Selasa lalu.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam satu kenyataan, ia selepas pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 330 tapak pembinaan sejak hari pertama lockdown penuh dilaksanakan sehingga semalam.

“Dalam pemeriksaan itu didapati 14 tapak pembinaan mematuhi SOP, 13 tapak pembinaan tidak patuh pada SOP dan telah diarahkan tutup manakala 303 tapak pembinaan lagi tidak beroperasi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, mana-mana kontraktor yang melanggar peruntukan Akta 520 dan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990), boleh dikenakan tindakan lanjut.

Katanya, syarikat berkenaan boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor dan boleh dikenakan penggantungan dan/atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan/atau dikenakan penalti tidak melebihi RM500,000 dan atau dikeluarkan mana-mana arahan yang wajar dari CIDB.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here