Lockdown penuh: MITI luluskan 95,142 syarikat beroperasi

0
261
Pengurangan kehadiran pekerja dalam kumpulan pengurusan sektor keperluan dibenarkan berada di pejabat dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

CYBERJAYA – Sebanyak 95,142 syarikat berjaya memperoleh kelulusan untuk beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)semasa tempoh lockdown penuh yang bermula hari ini.

Menurut MITI dalam satu kenyataan, jumlah itu adalah daripada 517,144 syarikat dengan 9.67 pekerja yang berdaftar di bawah sistem Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) setakat pukul 12 tengah hari ini.

“Berdasarkan jumlah kelulusan itu, dianggarkan kira-kira 1.2 juta pekerja dibenarkan untuk bekerja di premis syarikat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jumlah ini adalah pengurangan sebanyak dua juta pekerja daripada 3.2 juta tenaga pekerja yang diluluskan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, MITI turut menggalakkan syarikat daripada sektor yang dibenarkan beroperasi tetapi masih belum mendaftar dengan CIMS 3.0 untuk melaksanakan perkara itu dengan kadar segera.

Katanya, surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihaknya juga mempunyai ciri khas iaitu mempunyai kod QR yang tidak boleh ditiru pihak lain.

Menurut kenyataan itu lagi, kod QR itu penting ketika pekerja yang dibenarkan bertugas melalui sekatan jalan raya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here