LSD: Kerajaan gantung import lembu dan kerbau dari Thailand

0
72
Penternak tempatan juga diminta melaporkan sebarang tanda-tanda jangkitan penyakit LSD di dalam negara.

CYBERJAYA – Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggantung pengimportan lembu dan kerbau daripada Thailand berkuat kuasa serta-merta ekoran penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) di negara itu.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata, ketetapan itu diambil selepas menilai risiko penularan penyakit itu yang kini menular ke lebih 41 wilayah di Thailand.

Sehubungan itu, jabatan itu menyeru pemain industri tempatan termasuk pengimport, peraih dan penternak menghentikan tempahan dengan pembekal dari negara jiran itu.

Dalam pada itu, pihaknya telah mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) untuk mempertingkatkan kawal selia di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand sebagai langkah pencegahan.

Selain itu, jabatan turut mengingatkan penternak tempatan melaporkan kemungkinan berlaku penularan LSD kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar jika ada.

“Walaupun penyakit LSD tidak zoonotik (menjangkiti manusia), tetapi memberi kesan ekonomi kepada industri penternakan ruminan dan kerugian akibat penurunan berat badan, penurunan pengeluaran susu, keguguran dan kemandulan pada ternakan yang terjangkit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here