
CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco melancarkan aplikasi baharu “Super Apps” yang menggabungkan kesemua aplikasi dan pautan website ke dalam sebuah aplikasi khas.
Malakat Mall dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, aplikasi baharu itu bagi memudahkan pengguna memanfaatkan setiap capaian aplikasinya dengan mudah dan cepat.
Katanya, melalui aplikasi Super Apps Malakat Eco , pengguna Malakat Pay sedia ada masih berpeluang menggunakan aplikasi tersebut seperti biasa di dalam Super Apps Malakat Eco.
“Antara aplikasi dan pautan website yang tersedia di dalam Super Apps Malakat Eco ialah Malakat Mall ‘online shopping’, Malakat Grocer, KoPPIMAdab.page dan Aischool.
“Pelbagai aplikasi atau pautan website lain juga akan diwujudkan melalui aplikasi Super Apps Malakat Eco ini.
“Pengguna hanya perlu mengemaskini versi terkini aplikasi Malakat Pay dan secara automatik akan tertera Malakat Eco Super Apps,” katanya.
Pengguna boleh muat turun aplikasi Malakat Pay atau Malakat Eco melalui Play Store atau Apps Store bagi yang belum berbuat demikian.
Jangan lepaskan peluang nikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan melalui Malakat Eco Super Apps ini.