Malakat Food perkenalkan menu Keto Sunnah di Restoran Bunch-Oh

0
274
Pengarah Kulinari Malakat Food Sdn Bhd, Mohd Azizan Shukri (dua dari kiri) menunjukkan menu Keto Sunnah di Restoran Bunch-Oh.

CYBERJAYA – Berita gembira buat mereka yang kini sedang mencari menu diet dan makanan seimbang kerana Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall akan memperkenalkan menu baharu ‘Keto Sunnah’.

Pengarah Kulinari Malakat Food Sdn Bhd, Mohd Azizan Shukri berkata, sebanyak 12 set menu Keto Sunnah yang dicipta olehnya itu akan mula dijual di Restoran Bunch-Oh pada Rabu ini.

Antara menu Keto Sunnah

Mohd Azizan berkata, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan menu untuk set Keto Sunnah yang menggunakan bahas asas yang terbaik untuk mereka yang mementingkan pemakanan seimbang.

“Untuk 12 set menu Keto Sunnah ini, kita menggunakan bahan asas seperti olive oil, habbatus sauda, sumac, apple cider dan feta cheese. Semua bahan ini, amat baik untuk kesihatan.

“Kita akan start jual pada Rabu ini, mereka yang tercari-cari menu diet dan makanan yang seimbang mengikut sunnah boleh membuat pesanan di Restoran Bunch-Oh Malakat Mall,” katanya.

Pelanggan boleh membuat pesanan bermula Rabu depan.

Menurut Mohd Azizan, bahan asas mengikut pemakanan sunnah itu digandingkan dengan pelbagai jenis idea masakan yang mementingkan pemakanan seimbang dan yang terbaik untuk kesihatan.

Mohd Azizan berkata, harga untuk set Keto Sunnah juga dijual pada harga yang amat berpatutan iaitu antara RM12 hingga RM25, orang ramai yang ingin merasa kelainannya boleh membuat pesanan pada Rabu ini.

Aneka salad Keto Sunnah

Berikut 12 menu Keto Sunnah yang terdapat di Restoran Bunch-Oh Malakat Mall

  1. Fried rice with grill chicken breast a lot of garlic, olive oil, habbatus sauda.
  2. Poached salmon with sumac, almond slice, long rice, habbatus sauda, fried garlic, olive oil & black olive.
  3. Creamy brocoli irish cheddar soup & garlic sumac.
  4. Roasted asparagus soup, garlic sumac & habbatus sauda.
  5. Grilled salmon mesculun leaf salad, olive oil & capsicum with apple cider vinegratte.
  6. Spaghetti olive oil, cherry tomato, basil, habbatus sauda, apple cider & parmesan shaving.
  7. Spaghetti alla puttanesca, olive, garlic, chilli, chicken breast & habbatus sauda.
  8. Macaroni with pesto souce, almond, feta chesse & prawn.
  9. Freekeh Chicken, Red, green and yellow Capsium with Freekah Rice, Habbatus Sauda, sumac, red onion and chicken cube 
  10. Freekeh Beef, Red, green and yellow Capsium with Freekah Rice, Habbatus Sauda, sumac, red onion and beef
  11.  Greek Salad, lettuce, tomatos, red onion cucumber garlic, fetta cheese, sumac and habbatus sauda with olive oil, lemon and oregano dressing 
  12. Fattoush Salad, Mixed of tomatoes, lettuces, cucumber, red onion, promagate, sumac  and habbatus sauda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here