Malakat Food sediakan makanan kepada ‘frontliner’ di PKPD Jalan Kubur

0
45
Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari menyerahkan makanan kepada petugas barisan hadapan di PKPD Jalan Kubur.

KUALA LUMPUR – Malakat Food Sdn Bhd menyediakan makanan seimbang dan kombinasi yang menambah tenaga kepada petugas barisan hadapan di Jalan Kubur, Pantai Dalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, pihaknya membekalkan 100 hingga 150 pek makanan (tiga kali sehari) siap dimasak untuk petugas barisan hadapan di kawasan berkenaan sehingga 10 Julai depan.

Malakat Food Sdn Bhd akan menghantar makanan sebanyak tiga kali sehari kepada petugas barisan hadapan di PKPD Jalan Kubur.

“Pembekalan makanan itu dibuat selepas Malakat Food Sdn Bhd mendapat tender daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan untuk membekalkan makanan untuk petugas barisan hadapan di Jalan Kubur ini.

“Kita sediakan makanan yang cukup seimbang, dikira setiap kalorinya untuk pastikan anggota yang bertugas mendapat bekalan tenaga yang berpanjangan. Kita hantar makanan untuk tiga kali sehari, kita pastikan ada buah, yogurt, sayur dan telur.

“Kita mendapat tender ini untuk 12 hari dan setiap hari akan diberikan menu berlainan ‘local dan western’. Apa yang pasti, menu yang disediakan ialah berzat tinggi. Insya-Allah, selepas ini kita lihat kerjasama yang lain pula” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Petugas barisan hadaan dibekalkan makanan seimbang

Menurut Abdul Aziz, selain membekalkan makanan kepada barisan hadapan melalui tender berkenaan, pihaknya masih membekalkan makanan kepada mereka yang memerlukan melalui program Zero Hunger yang dijalankan sejak PKP dilaksanakan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here