
CYBERJAYA – Malakat Food Sdn. Bhd. (Malakat Food) menawarkan pakej harga mampu milik kepada mereka yang berminat untuk memiliki dan memulakan perniagaan berasaskan minuman teh boba iaitu Tea Amo.
Pengurus F&B Malakat Food, Muzamir Ismail berkata, pihaknya ketika ini menawarkan pakej usahawan aktif yang memerlukan modal serendah RM20,000 untuk memulakan perniagaan Tea Amo.
Beliau berkata, melalui pakej usahawan aktif ini, Malakat Food akan menyediakan semua kelengkapan dan barangan perniagaan manakala, usahawan hanya perlu menangung kos operasi sahaja.

“Modal hanya RM20,000 untuk memiliki perniagaan ini yang mana kita sediakan ‘kedai’ dalam bentuk treler atau wagon. Treler ini akan dilengkapi dengan segala kelengkapan diperlukan,” katanya.
Menurut Muzamir, pakej usahawan aktif Tea Amo itu dibuka kepada 50 individu yang berminat, usahawan bebas memilih sendiri mana-mana lokasi dan juga pemilihan pekerja.
“Kita akan menyediakan segala latihan untuk pengurusan, usahawan pilih lokasi dan Malakat Food akan ‘setup’ dan sediakan barangan-barangan yang diperlukan untuk operasi,” katanya.

Selain itu katanya, mereka yang berminat untuk menjadi usahawan aktif Tea Amo boleh mendaftarkan https://malakateco.com/permohonan-menjadi-usahawan-aktif…/ selain hubungi 017-3978643 (Muzamir) untuk penjelasn lanjut.