
CYBERJAYA – Pusat beli belah, Malakat Mall di sini menyediakan pelbagai diskaun menarik sempena Jualan Penghabisan Stok 6.6 Big Sales hari ini.
Jualan penghabisan stok itu yang bermula pagi tadi akan berakhir pada pukul 11.59 malam ini.
Antara produk menarik yang ditawarkan ialah pakaian untuk lelaki dan wanita di butik Anak Jantan, Rahsia dan TGM.
Selain itu turut ditawarkan ialah pakaian serta peralatan kanak-kanak dan bayi di butik Eebu serta produk Islamik di Karkun Store.




Turut tidak ketinggalan menyertai jualan istimewa tersebut ialah kedai peralatan pertukangan, DIY Malaya dan pasar raya Malakat Grocer.
Orang ramai hanya perlu klik di laman sesawang, http://bit.ly/BeliBarangGrocer atau http://bit.ly/MalakatPshopper-wfbmm
untuk menempah barangan tersebut.
Selain penghantaran secara percuma, tiada pesanan minimum diperlukan.-MT