Malakat Mall tawarkan perkhidmatan Personal Shopper

0
86
Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CYBERJAYA – Keadaan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan ketika ini mungkin membuatkan ramai yang gusar untuk keluar rumah.

Jika tidak keluar, bagaimana anda ingin membeli barangan keperluan. Anda tidak perlu risau kerana ketika banyak perkhidmatan dan pembelian online ditawarkan.

Tidak ketinggalan Malakat Mall yang menawarkan perkhidmatan Malakat Personal Shopper, dengan kemudahan ini anda boleh memesan apa sahaja barangan yang diperlukan.

“Khidmat Malakat Personal Shopper  di hujung jari anda. Tidak perlu beratur panjang damn tidak perlu ke sana-sini. Anda WhatsApp senarai barangan yang anda hendak beli,

Seperti bahan masakan, baju, kerusi, alatan DIY, buku, alatan tulis, barangan bayi, outdoor, dapur dan macam-macam lagi,” kata Malakat Mall di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Malakat Mall, Malakat Personal Shopper akan berikan harga dan gambar untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan.

“Bayaran dibuat secara dalam talian dan penghantaran sehingga ke depan pintu rumah pelanggan dengan minima pesanan RM10 sahaja.

“Caj perkhidmatan juga sangat minima iaitu RM3 untuk kawasan Cyberjaya, RM5 (Putrajaya, Seri Kembangan dan Puchong) dan RM10 ( Selain kawasan yang dinyatakan dalam 30km dari Malakat Mall Cyberjaya,” katanya.

Pelanggan boleh rujuk katalog yang disediakan di http://bit.ly/MalakatPshopperCatalogue-May untuk mengetahui sebahagian barangan yang dijual di Malakat Mall.

Berikut merupakan link WhatsApp Personal Shopper Malakat Mall:

WhatsApp Malakat Grocer

http://bit.ly/BeliBarangGrocer

WhatsApp Malakat Lifestyle

http://bit.ly/MalakatPshopper-wfbmm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here