Malaysia akan terima 2 juta dos vaksin sumbangan Jepun dan AS minggu ini

0
90

CYBERJAYA – Malaysia akan menerima 2 juta dos vaksin Covid-19 yang disumbangkan oleh Jepun dan Amerika Syarikat (AS), minggu ini.

Menurut Reuters, perkara itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 1 juta dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan Jepun akan tiba esok.

“Pada Jumaat, sebanyak 1 juta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan oleh AS akan tiba,” kata Khairy dalam satu sidang akhbar, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here