Malaysia bakal terima 1 juta dos vaksin AZ dari Jepun

0
133
Gambar hiasan.

TOKYO – Kerajaan akan menerima 1 juta dos vaksin Covid-19 dari jenis AstraZeneca yang disumbang oleh Jepun, lapor agensi berita luar.

Selain Malaysia, Jepun turut mengagihkan sumbangan 1 juta dos vaksin yang sama kepada Taiwan, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada penyertaan negara matahari terbit itu di dalam program Akses Sejagat Vaksin Covid-19 (COVAX) dalam usaha kuasa-kuasa dunia menampung kekurangan 200 juta dos vaksin.

Jepun sebelum ini menjanjikan sejumlah USD$1 bilion (RM4.16 bilion) dan 30 juta dos vaksin untuk COVAX dengan penghantaran terus ke negara jiran Asia.

Selain itu, Jepun juga telah memberikan 1.24 juta dos kepada Taiwan dan 1 juta dos kepada Vietnam pada bulan ini, dengan persetujuan menambah satu juta dos lagi untuk kedua-dua negara.

Sumbangan kepada Taiwan itu diberikan selepas Taiwan menuduh China menyekat akses mendapatkan vaksin asing yang bagaimanapun dinafikan keras oleh Beijing.

Jepun menggunakan 120 juta dos vaksin AstraZeneca yang telah dimilikinya, dan tidak mempunyai rancangan segera untuk menggunakan vaksin itu ekoran laporan antarabangsa mengenai punca pembekuan darah.

Menteri Luar Negeri, Toshimitsu Motegi hari ini berkata, Jepun akan mula menyediakan 11 juta dos secara keseluruhan ke wilayah-wilayah termasuk Asia Tenggara, Asia Barat Daya dan kepulauan Pasifik melalui COVAX mulai pertengahan Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here