Malaysia boleh sertai Olimpik Tokyo 2020

0
20
Olimpik Tokyo sepatutnya diadakan pada tahun llau namu, terpaksa ditunda ke tahun ini ekoran pandemik Covid-19

KUALA LUMPUR- Kontinjen negara boleh menarik nafas lega apabila Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 menafikan dakwaan 10 negara termasuk Malaysia dilarang memasuki Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020, Toshiro Muto berkata, menafikan kemasukan tidak pernah difikirkan namun, kontinjen daripada beberapa negara perlu divaksin sepenuhya.

“Menafikan sebarang kemasukan tidak pernah difikirkan namun kontinjen daripada beberapa negara diminta divaksin sepenuhnya sebelum tiba di Jepun untuk temasya berkenaan yang dijadualkan bermula pada 23 Julai.

“Kami tidak pernah dengar mengenainya. Ia langsung tidak berasas, kami tidak memikirkan bahawa ia satu kemungkinan. Ada kebimbangan mengenai varian baharu dari India, kerana itu sebelum mereka ke Jepun, mereka perlu divaksin sepenuhnya.

“Itulah polisi yang kami umumkan, 100 peratus vaksin dicadangkan (buat atlet) dari India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan negara lain berkaitan.

“Jadi mereka perlu menemui IOC dan mereka perlu divaksin sebelum masuk ke Jepun,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here