Malaysia sedang bangunkan vaksin keluaran sendiri

0
290
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Malaysia sedang membangunkan vaksin Covid-19 buatan negara sendiri, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, hari ini.

Kata Dr. Adham lagi, vaksin itu dibangunkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains (KKM), Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menurut laporan portal The Malaysian Insight, beliau berkata demikian pada sidang akhbar Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 untuk minggu epidemik ke-24 bermula 12 Jun hingga Sabtu lepas (CITF) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) itu dibangunkan sejak November tahun lepas hasil usahasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketika ini, vaksin itu masih pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2 (Covid-19).

“Selepas ia selesai, kajian praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil akan dilaksanakan sebelum kajian klinikal terhadap manusia dilakukan,” kata Dr. Adham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here