Malaysia ucap terima kasih atas kesudian Jepun sumbang vaksin AstraZeneca

0
145
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Malaysia merakamkan ucapan penghargaan kepada Jepun yang akan menyumbang vaksin AstraZeneca untuk kegunaan penduduk di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkembangan tersebut adalah sangat baik dan akan membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Saya amat berterima kasih kepada rakan sejawat, Menteri Luar Jepun, Motegi Toshimitsu serta kerajaan Jepun atas kesudian menyumbang vaksin AstraZeneca kepada Malaysia.

“Ia melambangkan keakraban hubungan Malaysia dan Jepun merangkumi segenap bidang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jepun mengumumkan akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di negara kepada Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina bermula bulan hadapan.

Sehubungan itu Kedutaan Jepun di Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu menyediakan vaksin itu kepada rakyat negara ini

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Wisma Putra akan terus membantu negara
dalam melawan pandemik Covid-19 menerusi kapasiti kementerian itu.

Hishammuddin sebelum ini secara terbuka mendedahkan banyak negara yang bersedia untuk membantu Malaysia mendapatkan vaksin untuk Covid-19.

Namun katanya, disebabkan masalah birokrasi usaha tersebut terhenti begitu sahaja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here