Manual PdPR 2.0 hanya sebagai panduan

0
111
Radzi Jidin

CYBERJAYA – Manual atau garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini tidak semestinya diikuti secara 100 peratus sekiranya dirasakan tidak sesuai oleh para guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihak menerima aduan dan rungutan dalam kalangan ibu bapa yang mengatakan manual itu menetapkan terlalu banyak subjek yang perlu diikuti murid.

Justeru beliau menjelaskan bahawa, manual itu adalah sebagai panduan untuk membolehkan para guru dan ibu bapa melihat secara keseluruhan apakah kaedah yang paling optimum boleh dilaksanakan.

“Ia tidak semestinya dilaksanakan 100 peratus tetapi apa yang diberikan itu adalah sebagai contoh. Apa pun terserah kepada pendekatan guru-guru, kerana merekalah lebih mengetahui,” katanya pada sidang media khas pengoperasian sekolah hari ini.

Jidin berkata, menyedari kekangan yang dihadapi oleh guru dan murid, fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) dalam meningkatkan pelaksanaan mengikut kesesuaian dan situasi.

Mengulas mengenai mengapa KPM tidak memendekkan kurikulum dan memberi tumpuan kepada subjek-subjek tertentu, Jidin berkata, ia dibuat bagi membolehkan para guru menyusun kandungan pembelajaran sesuatu subjek itu menerusi pendekatan terbaik.

Secara umum katanya, selepas pelaksanaan PdPR selama setahun, KPM melakukan penjajaran kurikulum dengan membahagikan setiap kandungan kepada tiga komponen utama.

“Yang pertama adalah kandungan asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Seterusnya adalah kandungan tambahan dan kandungan pelengkap.

“Tumpuan kita adalah supaya guru dapat fokus pada kandungan asas dan beralih kepada kandungan seterusnya bila cukup masa untuk memastikan pembelajaran lengkap keseluruhannya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here