
JAKARTA – Legenda badminton Indonesia, Markis Kido meninggal dunia selepas terkena serangan jantung ketika bermain badminton di Tangerang di sini hari ini.
Berita sedih itu disahkan oleh Badminton Indonesia menerusi laman Twiitter miliknya sebentar tadi.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
“Telah meninggal dunia salah satu pahlawan bulutangkis Indonesia, peraih emas Olimpik Beijing 2008, Markis Kido.
“Semoga almarhum mendapat tempat terbaik di sisi-Nya dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan,” tulisnya.
Ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham yang berusia 36 tahun meraih pelbagai kejuaraan dunia bersama pasangannya Hendra Setiawan.
Selain pingat emas Olimpik Beijing, pasangan itu juga pernah 2008 muncul juara dunia pada 2007.
Allahyarham yang memulakan karier badminton pada 2005 juga pernah meraih sebanyak tujuh pingat emas dalam Sukan SEA.-MT