Matt Davies kena ‘sound’ dengan TMJ

0
4496
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

CYBERJAYA – Prestasi buruk skuad Harimau Malaya yang dibelasah teruk pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada awal pagi ini turut mendapat perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang ternyata berang dengan persembahan yang diberikan itu.

Kemarahan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dapat dilihat apabila beliau meninggalkan komen bernada marah dan kecewa di akaun Instagram milik pemain skuad Harimau Malaya, Matt Davies sebentar tadi.

Davies yang turun beraksi sebagai pemain pertahanan kanan skuad negara memuat naik gambarnya sedang menjalani latihan dengan kapsyen “masa untuk baiki kesilapan dan kembali kuat untuk fokus dalam perlawanan berikutnya.”

Status dalam laman Instagram Matt Davies yang mendapat perhatian TMJ

Bagaimanapun dalam komen balas itu Tunku Ismail mahu pemain negara fokus kepada latihan dan tidak bermain dengan sosial media.

“Yes but first you’ll need to shut the ****up on social media and work.”

Semalam, skuad Harimau Malaya dibelasah teruk oleh UAE meskipun dibarisi hampir sepenuhnya pemain JDT dan pemain berdarah kacukan.

Malah skuad yang dilatih oleh Tan Cheng Hoe itu turut buat pertama kali mempertaruhkan tiga pemain naturalisasi iaitu Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh.

Ketiga-tiga pemain itu juga merupakan pemain skuad JDT yang mana Tunku Ismail ialah pemiliknya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here