MB Perak dan 10 Exco sumbang 3 bulan gaji kepada Tabung Bencana Covid-19

0
28
Bendera Negeri Perak

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan 10 Exco bersetuju menyumbangkan tiga bulan gaji kepada Tabung Bencana Covid-19.

Saarani berkata, sumbangan itu diharapkan dapat membantu golongan yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

“Sumbangan ini membabitkan Menteri Besar Perak dan dipersetujui oleh 10 Exco yang lain, untuk kita sumbangkan kepada Tabung Bencana COVID-19.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Pegawai Kewangan Negeri Perak, mereka akan ikut seperti mana yang diputuskan untuk kakitangan kerajaan ,” katanya dalam sidang akhbar secara maya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sebagai tanda sokongan, barisan jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

Menurut Muhyiddin, gaji yang tidak diambil akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here