Melbourne tamatkan ‘lockdown’ mulai malam esok

0
64

MELBOURNE – Tempoh ‘lockdown’ di bandar raya kedua terbesar Australia ini akan ditamatkan malam esok, namun penduduk Melbourne tetap perlu mematuhi beberapa larangan yang akan dikenakan nanti.

Reuters melaporkan, antara larangan yang akan dikenakan termasuk perjalanan tidak melebihi radius 25 kilometer (km), tiada keramaian di kediaman dan pemakaian pelitup muka walaupun ketika berada dalam bangunan.

“Situasi belum reda sepenuhnya.

“Virus itu masih berada dalam kalangan kita, dan selagi proses pemberian vaksin belum diselesaikan, kita masih perlu berjaga-jaga,” kata Pemangku Gabernor Victoria, James Merlino.

Merlini menambah, larangan lain yang dikenakan mungkin akan ditarik kembali sekiranya tiada peningkatan ketara kes baharu dalam masa seminggu akan datang.

Hari ini, hanya satu kes positif baharu direkodkan di wilayah itu, berbanding dua kes, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here