Menteri beri amaran majikan jangan paksa pekerja bayar untuk vaksin

0
64
M Saravanan

CYBERJAYA – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memberi amaran kepada majikan supaya tidak memaksa pekerja menanggung sendiri kos suntikan vaksin Covid-19 di tempat kerja.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Persatuan Pusat Beli Belah Malaysia (PPK) yang mahu pekerja membayar RM50 untuk suntikan vaksin Covid-19.

Saravanan berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana program suntikan vaksin di tempat kerja itu termasuk dalam program Imunisasi Nasional Covid-19 (PICK) yang diberikan secara percuma, termasuk kepada pekerja bukan warganegara.

“Saya ingin mengingatkan semua orang agar tidak memaksa pekerja membayar vaksin kerana pemerintah memberikan mereka percuma kepada semua orang,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today hari ini.

PPK baru-baru ini mencadangan bayaran RM50 yang perlu ditanggung pekerja itu sebagai tidak membebankan.

Kenyataan itu turut dibangkang oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengatakan tidak adil untuk memaksa pekerja membayar kos vaksinasi yang sudah disubsidikan kerajaan.

Dia menasihati pekerja runcit untuk melaporkan kepada MTUC jika mereka terpaksa membayar vaksin mereka.

Saravanan berkata, beliau akan bertemu Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membincangkan isu berkenaan kerana pada prinsipnya kerajaan telah bersetuju untuk memberikan suntikan kepada semua pekerja termasuk warga asing.

Perkara itu katanya selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang menetapkan semua pekerja harus dilayan secara adil dan saksama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here