MPK keluarkan empat kompaun terhadap pemilik gudang haram

0
510
Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin (tiga dari kanan) ketika mengetuai operasi gudang haram di Pelabuhan Klang

KLANG – Empat kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis gudang di Jalan Kem, Pelabuhan Klang kerana beroperasi secara haram

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin berkata, premis itu menjalankan aktiviti menyimpan arang batu, kontena, palet bahan bakar dan sisa cangkung (tempurung sawi).

Ahmad Fadzli berkata, longgokan bahan dan aktiviti pemindahan ke kontena atau lori menyebabkan pencemaran udara kerana habuk berterbangan sehingga ke penempatan penduduk berhampiran.

“Tindakan dibuat di bawah Undang-Undang Kecil 3 (UUK 3) Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (PTPP) MPK 2007,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Fadzli berkata Jabatan Alam Sekitar turut mengeluarkan notis pematuhan pembersihan kerana melakukan aktiviti menyebabkan pencemaran.

“Selain itu polis daerah Klang Selatan turut menahan empat warga asing dipercayai pekerja premis mengikut Akta 342 Kanun Keseksaan.

“MPK akan memperhebatkan operasi membanteras kilang haram dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai agensi selain mengarahkan semua jabatan sentiasa peka aduan setempat,” katanya.

Pada Ahad lepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri membangkitkan isu operasi gudang tersebut selepas menerima rungutan penduduk setempat berhubung pencemaran udara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here