Muhammad Sajjad ditipu kes tukar nama dan jantina pada kad pengenalan

0
247
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman

KUALA LUMPUR – Polis mendedahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat adalah saksi penting untuk kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata Muhammad Sajjad seorang mangsa dan juga saksi dalam perbicaraan itu yang akan berlangsung pada 14 Julai ini.

“Muhammad Sajjad saksi penting bagi memberi keterangan ke atas suspek yang juga seorang wanita tempatan yang dituduh sebelum ini kerana terbabit dalam kes penipuan pertukaran nama dan jantina dalam kad pengenalan.

“Dia saksi pendakwaan bagi membantu pihak pendakwa raya dalam kes yang sedang dalam prosiding perbicaraan dan mangsa penipuan dalam kes itu adalah Muhammad Sajjad sendiri,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Farauk, usahawan kosmetik itu disyaki sudah melarikan diri dan tidak dapat dikesan dan usaha mencarinya dilakukan bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya.

Semalam, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan memaklumkan sedang mengesan Muhammad Sajjad untuk membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan yang sedang dalam perbicaraan.

Menurut kenyataan itu, alamat terakhir Muhammad Sajjad di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Sajjad boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692 954.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here