Myanmar di ambang perang saudara?

0
581

YANGON – Myanmar kini berada di ambang perang saudara, kata jurucakap kerajaan bayangan yang ditubuhkan oleh parti politik pro-demokrasi di negara berkenaan.

The Guardian melaporkan, kini semakin banyak kumpulan bersenjata baharu muncul berikutan rampasan kuasa oleh angkatan tentera pada Februari lalu.

Berdasarkan sejarah, Myanmar sering berdepan masalah kumpulan bersenjata di kawasan sempadan negara, yang terdiri daripada beberapa etnik yang memperjuangkan hak mereka.

Tetapi perkembangan terbaharu ini agak membimbangkan kerana kumpulan yang muncul kesemuanya menggunakan nama ‘pertahanan rakyat’.

“Rakyat Myanmar tiada pilihan,” kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Kebangsaan (NUG), Dr. Sasa.

Beliau menambah, ancaman daripada junta tentera yang menggunakan kekerasan terhadap rakyat, termasuk penangkapan tanpa bicara, penyeksaan ketika dalam tahanan dan pembunuhan, menyebabkan orang awam terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan hak dan keselamatan mereka.

“Apa yang berlaku sekarang hanyalah permulaan, kerana mereka (rakyat) tidak akan tunduk kepada pembunuh.

“Kini, satu negara sedang menuju ke kancah perang saudara,” tambah Dr. Sasa.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 58 kumpulan ‘pertahanan rakyat’ bersenjata yang baharu ditubuhkan di seluruh Myanmar, dengan 12 daripadanya bergiat aktif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here