MyFundAction sasar 120,000 pek korban tahun ini

0
92
Siti Najeeha Zaini

CYBERJAYA – Program Qurban Care For Ummah (QC4U) anjuran MyFundAction dengan kerjasama Food For Hunger Organisation (F4H) tahun ini mensasarkan sebanyak 120,000 pek korban untuk agihan di dalam dan luar negara.

Pengerusi F4H, Siti Najeeha Zaini berkata, penyediaan pek-pek hasil daripadanya penyembelihan kira-kira 200 ekor haiwan korban itu akan diagihkan dalam bentuk pek Ready To Eat (RTE).

Beliau berkata, pek-pek korban tersebut akan dibungkus menggunakan teknologi pembungkusan retort dari Jerman yang memberikan tempoh luput sehingga 2 tahun.

“Pek-pek bantuan ini dipaketkan sebagai RTE untuk tujuan bantuan dan keperluan kecemasan itu dapat disalurkan dengan mudah kepada golongan penerima di dalam dan luar negara.

“Program ini juga menitikberatkan aspek keselamatan makanan yang digarap daripada Sustainable Development Goals (SDG) 2.0, Zero Hunger,” katanya dalam kenyataan kepada Malakat Tribune hari ini.

Siti Najeeha berkata, antara menu yang dihasilkan adalah daging masak rendang serta daging masak hitam.

Katanya, bagi program QC4U tahun ini, setiap peserta akan menerima semula 15 pek daging korban yang akan dikirimkan melalui pos manakala bagi lebihan, sebanyak 50 peratus akan diperuntukan untuk kegunaan bencana, 30 peratus untuk serahan kepada golongan asnaf manakala 20 peratus akan dihantar ke Syria dan Yaman.

Beliau berkata, pada tahun 2020, sebanyak 20,284 pek makanan RTE telah berjaya diagihkan kepada golongan asnaf yang terkesan akibat penularan Covid-19, pelajar dan petugas barisan hadapan negara.

Selain itu, edaran juga dilakukan ke beberapa buah negara seperti di Indonesia, Kemboja, Syria dan Mesir.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau menyumbang ke tabung bantuan ini boleh menggunakan maklumat berkenaan;
Shahida: 016-2181090
Akaun Maybank Yayasan Kebajikan Muslim Malaysia : 5505 1097 0172

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here