Naikkan bendera putih di hadapan rumah, masyarakat sekeliling akan bantu anda

0
276

CYBERJAYA – Mereka yang berdepan masalah dan terputus bekalan makanan diminta menaikkan bendera putih di hadapan rumah masing-masing.

Dengan menaikkan bendera putih itu, ia akan memudahkan masyarakat sekeliling untuk menghulurkan bantuan kepada isi rumah.

Buat masa ini sudah viral di media-media sosial tentang saranan berkenaan (naikkan bendera putih di depan rumah).

Mereka yang berdepan masalah ketika tidak perlu rasa malu kerana masyarakat sekeliling sentiasa peka dan akan tampil membantu.

Berikut mesej yang tular mengenai saranan ini:

Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda.. Biar orang sekeliling pakat gi bantu, beri sedikit sebanyak yang termampu. 

Jangan ambil tindakan yg merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stress, berkongsilah masalah dengan orang ramai. 

Tidak perlu merayu, tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yang datang membantu.


#bendera_putih

#rakyatperihatin
#Malaysiaprihatin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here