Nepal: Mangsa pertama jangkitan ‘kulat hitam’ meninggal dunia

0
274
GAMBAR HIASAN

KATHMANDU – Nepal melaporkan kematian pertama melibatkan jangkitan kulat hitam di negara itu.

Kata AFP, setakat ini, sebanyak sepuluh kes jangkitan mucormycosis telah dikesan di negara itu.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Nepal, Krishna Prasad Poudel, lelaki berusia 65 tahun itu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana dikesan menghidap keradangan pada otak.

“Lelaki itu, bagaimanapun, didapati negatif Covid-19,” kata Krishna.

Untuk rekod, jangkitan itu mula melanda negara jiran Nepal, sejak India bulan lepas, dengan beberapa buah wilayah turut mengisytiharkan jangkitan itu sebagai wabak.

Menurut pakar kesihatan India, jangkitan itu dikaitkan dengan penggunaan dos steroid yang tinggi dalam rawatan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here