Netanyahu enggan tinggalkan kediaman selepas dilucutkan jawatan

0
290
Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS – Benjamin Netanyahu, yang baru-baru tewas dalam pencalonan jawatan Perdana Menteri Israel, dilaporkan enggan meninggalkan kediaman rasmi yang didudukinya sejak 12 tahun lalu.

Menurut tradisi, bekas perdana menteri akan melepaskan kediaman selepas berakhirnya tugas untuk memberi laluan kepada perdana menteri baharu iaitu Naftali Bennett.

Namun media Israel melaporkan, Netanyahu masih tidak berganjak dari kediaman itu dan masih menggunakannya untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel dan asing.

Semalam, dia dikataan bertemu dengan bekas duta besar, Amerika Syarikat untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, di kediaman itu.

Lokasi kediaman itu sebelum ini menjadi tumpuan protes ribuan penduduk haram Israel setiap minggu, sehingga kadang-kadang memaksa Netanyahu meninggalkan pejabat.

Para penunjuk perasaan sering mengadakan protes berikutan dakwaannya dalam banyak kes rasuah, dasar ekonomi, dan kesalahan Netanyahu terhadap krisis Covid19

Dalam penentuan perdana menteri baru-baru ini, Netanyahu tewas kepada pakatan Yair Lapid dan Naftali Bennett yang berjaya memenangi undi majoriti.

Menurut perjanjian kerjasama yang yang dimeterai, Bennet akan memegang jawatan itu selama 2 tahun, sebelum diambil alih oleh Lapid yang buat masa ini memegang jawatan Menteri Luar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here