Nilai Rt negara di bawah 1.0 sejak 20 hari lalu

0
73
Data yang dikongsikan oleh Dr. Noor Hisham di Facebooknya hari ini.

CYBERJAYA – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara menurun pada kadar 0.96 semalam berbanding 0.98 kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Penurunan RT di bawa nilai 1.0 itu merupakan perkembangan positif selama 20 hari berturut-turut sejak 6 Jun lalu.

Bagaimanapun, nilai RT di lima buah negeri semalam direkodkan melebihi paras Rt 1.0

“Rt tertinggi semalam dicatatkan di Negeri Sembilan dengan 1.04, disusuli Sarawak (0.99), Melaka (0.99), Selangor (0.97) dan Kedah (0.97), selain Labuan yang mencatat nilai sama dengan purata kebangsaan iaitu 0.96,” menurut data yang dikongsikan Dr. Noor Hisham di Facebook.

Terengganu pula mencatat Rt terendah semalam dengan 0.66, selain Kelantan yang merekodkan 0.80.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaparkan model unjuran dan pemerhatian kes Covid-19 baharu, yang menyaksikan trend jangkitan pandemik di negara itu dijangka menurun dengan lebih perlahan berbanding sebelum ini.

Model unjuran sebelum ini menjangkakan kes harian Covid-19 mampu menurun menghampiri 4,000 kes sehari menjelang hujung bulan ini.

Namun, peningkatan jumlah kes baharu sejak beberapa hari lalu menyaksikan model baharu itu mengunjurkan kes harian Covid-19 menurun kepada sekitar 5,000 kes menjelang 30 Jun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here