NSW kembali wajibkan pemakaian pelitup muka

0
186

SYDNEY – Wilayah New South Wales (NSW) kembali mewajibkan pemakaian pelitup muka berikutan penularan Covid-19 varian Delta.

Menurut Reuters, arahan itu berikutan jangkitan yang sudah menular kepada individu keempat.

Buat masa ini, pemakaian pelitup muka kembali diwajibkan dalam kenderaan pengangkutan awam dan digalakkan dalam kawasan tertutup seperti supermarket dan teater.

“Kami tidak mahu orang ramai panik (tetapi) kami mahu mereka lebih berjaga-jaga,” kata Gabernor NSW, Gladys Berejiklian, hari ini.

Kluster terbaharu ini merupakan kluster yang pertama dikesan di wilayah itu pada bulan ini.

Ia mula dikesan dalam seorang pemandu kakitangan syarikat penerbangan asing.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu berkemungkinan dijangkiti varian Delta ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Sydney.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here