Pakar virus Belgium berdepan serangan sniper bekas anggota tentera

0
1194
Pihak berkuasa kini giat memburu suspek yang merupakan seorang jurulatih menembak pasukan tentera negara itu.

BRUSSELS – Seorang pakar virus Sweeden kini menerima kawalan penuh pihak berkuasa di kediamannya selepas ancaman cubaan bunuh oleh seorang anggota tentera sayap kanan negara itu.

Tidak seperti kebanyakan saintis lain di dunia yang berdepan desakan dan kritikan ekoran pandemic Covid-19 ketika ini, ancaman yang diterima Prof Marc Van Ranst ternyata lebih serius.

Sejak tiga minggu lalu, Van Ranst dilaporkan menjadi sasaran seorang jurulatih menembak tentera, J├╝rgen Conings yang melarikan sejumlah senjata termasuk pelancar roket dan mesingan dari berek tentera untuk tujuan itu.

“Bekas tentera, seorang penembak tepat itu menunggu saya pulang dari kerja di depan rumah selama tiga jam. Tapi pada hari kejadian saya pulang lebih awal dari kebiasaan,” katanya yang kini berkurung bersama ahli keluarganya.

Dr. Marc Van Ranst yang merupakan individu bertanggungjawab dalam memberi tindak balas dan keputusan kerajaan berhubung isu Covid-19 sejak setahun lalu.

Media luar melaporkan, pihak polis kini sedang berhubung dengan Van Ranst menerusi aplikasi Zoom namun perbualan mengenainya tidak didedahkan demi keselamatannya dan keluarga.

Beliau juga tidak dibenarkan berada dekat dengan pintu dan tingkap kediamannya bagi mengelak tembakan jarak jauh.

Van Ranst merupakan salah seorang daripada individu terpenting bertanggungjawab dalam memberi tindak balas dan keputusan kerajaan berhubung isu Covid-19 sejak setahun lalu.

Tokoh virulogi terkemuka Belgium itu bagaimanapun dilaporkan tenang berdepan dengan situasi itu dan dilihat membuat beberapa kenyataan melalui sosial media.

“Kami tidak takut, kami cuma berhati-hati. Anak saya, Milo, 12 tahun, dia cukup berani mengenai perkara ini.

“Yang pasti ancaman ini lebih baik diketahui kerana kami dapat bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga ini.

“Yang membuatkan saya marah adalah bila anak saya terpaksa berkurung dalam rumah sejak tiga minggu lalu,” katanya memetik laporan BBC.

Usaha memburu suspek kini masuk minggu ketiga.

Sementara itu, pihak berkuasa Belgium menggambarkan Jurgen Conings sebagai individu yang sangat berbahaya dan mampu bertindak dengan segala bentuk keganasan.

Suspek kini berada dalam senarai pengganas yang paling dikehendaki ekoran ketaksubannya terhadap ideologi politik sayap kanan.

Sebelum meninggalkan berek tentera, Jurgen Conings pernah membuat kenyataan yang menyalah pakar virus berkenaan bersekongkol dengan kerajaan dalam ‘menentukan’ kehidupan baharu manusia selepas pandemik.

“Elit politik dan pakar virus kini menjadi penentu kehidupan kita semua dan mereka memutuskan bagaimana kita perlu hidup. Saya bagaimanapun tidak dapat hidup dalam pembohongan,” kata Jurgen Conings.

Sehari sebelum menghilangkan diri, sebuah kumpulan penyokong gerakan sayap kanan itu dikesan di Facebook dengan penyertaan kira-kira 50,000 ahli.

Van Ranst dalam kenyataan berkata, kemunculan kumpulan penyokong itu lebih merungsingkan beliau berbanding suspek yang cuba membunuhnya.

Katanya, tugas dan tanggungjawab berhubung kawalan pandemik yang ‘memaksa’ beliau muncul di kaca televisyen beberapa kali setiap hari membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati.

“Tidak pelik kerana ramai sahaja manusia yang bencikan sains dan saintis. Mereka sebenarnya takut kepada ketidak tentuan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here