Palestin pulang semula vaksin hampiri tarikh luput

0
228
Kajian yang dibuat mendapati 40 peratus daripada penduduk Palestin bersetuju untuk menerima vaksin Covid-19, 35 masih belum bersedia manakala selebihnya tidak diketahui. – Gambar hiasan.

RAMALLAH – Pihak Berkuasa Palestin akan mengembalikan kira-kira 90,000 dos vaksin daripada negara haram Israel selepas mendapati perjanjian tarikh luputnya tidak dipatuhi.

Menteri Kesihatan PA, Mai Alkaila berkata, keputusan pemulangan semula bekalan vaksin itu dibuat selepas bekalan vaksin dari Isreal untuk suntikan rakyat Palestin itu luput pada Jun tidak seperti dijanjikan pada Julai dan Ogos.

Melalui perjanjian pertukaran vaksi dengan Israel, pihak berkuasa Palestin dijangka menerima sebanyak 1.4 juta dos Pfizer-BioNTech.

Manakala sebagai pertukaran, rejim Zionis akan menerima jumlah dos setimpal daripada Palestin pada akhir tahun ini.

Perjanjian itu dipersetujui antara kedua-dua pihak sebagai usaha mempercepatkan proses vaksinasi penduduk di Tebing Barat dan Gaza.

Media luar melaporkan, pejabat pemimpin Israel, Naftali Bennett masih tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

Setakat ini, kira-kira 30 peratus rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang telah memenuhi syarat menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Palestin pada Selasa lalu melaporkan, sebanyak 40 peratus penduduk Palestin bersetuju untuk divaksin, manakala 35 peratus lagi masih belum bersedia.

Palestin sebelum ini menerima dos vaksin dari Israel, Russia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan program Pembekalan Vaksin COVID-19 Ke Negara Miskin (COVAX).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here