Parlimen dibuka paling awal pada September ini – Muhyiddin

0
26
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Sidang Dewan Rakyat hanya akan dibuka paling awal pada bulan September atau Oktober ini selepas negara memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjalanan sidang Dewan Rakyat itu akan dibuat dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah kes-kes Covid-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok.

“Saya akan terus mendokong prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Sebelum ini, banyak pihak mendesak supaya sidang Dewan Rakyat dibuka semula selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat sejak awal tahun ini sehingga Ogos ini.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong telah memanggil semua pemimpin utama parti politik negara pada minggu lalu untuk menghadap bagi mendengar pandangan mereka berkenaan situasi semasa negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here