PDRM tawar pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus

0
131


CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan bagi kompaun saman trafik. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tawaran pengurangan kompaun saman trafik itu tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

“PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM https://[email protected] dan muat turun aplikasi di telefon pintar.

“Aplikasi MyBayar saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, sepanjanh tempoh kempen itu erlangsung, semua kaunter pembayaran saman di Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here