Pelajar kelas peperiksaan akan diberikan keutamaan suntikan vaksin

0
49
Pelajar menjawab kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1 semasa hari pertama peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway.-foto/Farid Janudin

CYBERJAYA – Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bersetuju untuk memberi keutamaan suntikan vaksin kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

“Alhamdulillah. Cadangan KPM agar murid kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui oleh CITF yang dipengerusikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin,” katanya di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Radzi turut memaklumkan, lebih 90,000 guru sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin setakat ini.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik dan semua pihak perlu bersatu hati untuk memenangi perang menentang Covid-19.

Dalam hantaran yang sama, beliau turut berkongsi rakaman video memaparkan Khairy dalam webinar dihoskan oleh Oxford and Cambridge Society of Malaysia, yang menjawab mengenai pemberian vaksin kepada kumpulan pelajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here