Pelaku jenayah seksual di AS berjaya ditahan di Malaysia

0
596

CYBERJAYA – Seorang lelaki yang dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) di atas kesalahan jenayah seksual ke atas kanak-kanak berjaya di tahan di Malaysia, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS, lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Scott Barry Uchida telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kepong pada 21 April lalu.

Uchida kemudiannya telah dideportasi ke AS kembali.

“Uchida dikehendaki di atas kesalahan merogol kanak-kanak dan mempromosi perlakuan penderaan seksual ke atas kanak-kanak,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FBI Seattle.

FBI Seattle turut berterima kasih kepada PDRM, Jabatan Imigresen dan Kedutaan AS di Malaysia di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan bagi membawa Uchida ke muka pengadilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here